Sunday, March 31, 2013


Kadar kemiskinan menurun, pendapatan isi rumah meningkat #BetterNation


Latar belakang:
·      Kajiselidik menunjukkan Malaysia telah mencapai sasaran mengurangkan kadar kemiskinan sebelum tempoh sasaran 2015.
·      Kadar kemiskinan di kalangan Bumiputera, Cina & India nyata berkurangan; sementara pendapatan isi rumah meningkat.
·      Sasaran Rancangan Malaysia Ke-10 dicapai 3 tahun lebih awal. 
·      Purata pendapatan isi rumah antara 3 kaum utama di Malaysia meningkat sejak 2009.
·      Kerajaan TIDAK RETORIK bahkan telah buktikan bahawa mereka serius bangunkan sosioekonomi negara.

sumber : http://www.nst.com.my/nation/general/malaysians-enjoying-greater-wealth-1.243302

Tuesday, March 26, 2013

ILOVEMALAYSIA!!!

Aku sayang Malaysia!!

Negara Kita Malaysia namanya, di sinilah tempat kita dilahirkan, dibesarkan dan mungkin juga tempat kita dikebumikan,inilah tempat tumpah darah kita. Semua org sayangkan negara ini. kita perlu mempertahankan negara dan agama kita dengan apa cara sekalipun, dari berbagai bentuk ancaman. Tak kiralah siapa kita, kerjaya kita, saiz fizikal kita. Agama dan negara, wajip kita pertahankan. 

Daulat Tuanku!

SENARAI SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG

SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG I

Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman ibni Al-Marhum Tuanku Muhammad

D.M.N., S.M.N.

Memerintah dari 31 Ogos 1957 hingga 1 April 1960
YDP1
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG II

Al-Marhum Tuanku Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah

D.M.N., D.K.(Brunei)

Memerintah dari 14 April 1960 hingga 1 September 1960
YDP2
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG III

Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail

D.M.N., S.P.M.P., D.K.M., D.M.N., S.M.N., D.K.(Selangor), S.P.D.K.(Sabah), D.K. (Kelantan), D.P.(Sarawak), D.K.(Kedah), D.K.(Pahang), D.K.(Johor), D.K.(Negeri Sembilan), D.P.S.S.(Sarawak), D.K.(Perak),  D.K.(Terengganu), D.K.M.B.(Brunei), Knight Commander of St. Micfhael&St. George (K.C.M.G), Raja of the Order of Sikatuna, Philippines (Noblest Award of Chivalry), The Great Cross of the Royal Order of Cambodia, The Most Auspicious Order of the Royal Friendship of Thailand, Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum (Japan), Cordone Hussein Ben Ali (Jordan), Collar of the Nile (United Arab Republic).

Memerintah dari 21 September 1960  hingga 20 September 1965
YDP3
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG IV

Al-Marhum Tuanku Ismail Nasiruddin Shah ibni Al-Marhum Sultan Zainal Abidin

D.K.,D.K.M.,D.M.N.,S.P.M.T.,D.K.(Kelantan), D.K.(Selangor), D.K.(Perak), D.K.(Pahang).

Memerintah dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970
YDP4
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG V

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah

D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor),D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.P.(Sarawak), D.U.N.M.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.H.M.S.

Memerintah dari 21 September 1970 hingga 20 September 1975
YDP5
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG VI

Al-Marhum Tengku Yahya Petra ibni Al-Marhum Sultan Ibrahim

D.K.,D.K.M.,D.M.N.,S.M.N.,S.P.M.K.,S.J.M.K.,S.P.S.K.,D.K.(Selangor), D.K.(Terengganu), D.K.(Kedah), D.K.(Brunei), D.K.(Pahang), D.K.(Perlis), D.P.(Sarawak).

Memerintah dari 21 September 1975 hingga 29 Mac 1979
YDP6
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG VII

KeBawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta`in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri`Ayatuddin Al-Mu`adzam Shah

D.K.P.,D.K.,D.K.M.,S.S.A.P.,S.I.M.P.,D.M.N.,D.K.(Perak), D.K.(Johor), D.K.(Kelantan), D.K.(Terengganu), D.K.(Perlis), D.K.(Kedah), D.K.M.B.,D.K.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Selangor).

Memerintah dari 26 April 1979 hingga 25 April 1984
YDP7
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG VIII

Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Iskandar ibni
Al-Marhum Sultan Ismail.
D.K. 

Memerintah  dari 26 April 1984 hingga 25 April 1989
(Naik Takhta Kerajaan Negeri Johor Darul Takzim pada 23hb. Januari 2010)

YDP8
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG IX

Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah
D.K.,D.K.M.,D.M.N.,D.K(Kelantan), D.K.(Terangganu), D.K.(Perlis), D.K.(Johor), D.K.(Selangor), D.K.(Kedah), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Pahang), S.S.M.,P.M.N.,P.S.M.,

Memerintah dari 26 April1989 hingga 25 April 1994
YDP9
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG X

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ja`afar ibni
Al-Marhum Tuanku Abdul Rahman
D.K., D.K.M., D.M.N., D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Kelantan), D.K. (Kedah), D.K. (Selangor), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Pahang), D.K. (Terengganu), D.K. (Perak)

Memerintah dari 26 April 1994 hingga 25 April 1999
YDP10
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XI

Al-Marhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj ibni Al-Marhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Alhaj
D.K., D.K.M., D.M.N., S.P.M.S., S.S.S.A, D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Terengganu), D.K. (Kelantan), D.K. (Perlis), D.K. (Johor), D.K. (Kedah), D.K. (Negeri Sembilan), D.K. (Perak), D.K. (Pahang), S.P.D.K. (Sabah), D.P. (Sarawak), D.U.M.M. (Melaka), P.J.K.

Memerintah dari 26 April1999 hingga 21 November 2001
YDP11
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XII

Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.M.N., D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T.

Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2001
YDP12
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIII

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
D.K.T., D.K.R., D.M.N., S.S.M.Z., S.S.M.T., S.P.M.T., D.K. (Perlis), D.K.(Johor), D.K.M.B.(Brunei), D.K.(Perak), D.K.(Negeri Sembilan), D.K. (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K. (Selangor), S.P.M.J., Commandeur De La Legion D'Honneur (France).

Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13hb. Disember 2006 .
YDP13
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG XIIII
KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu`tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu`adzam Shah ibni Al-Marhum Sultan Badlishah
D.K.,D.K.H.,D.K.M.,D.M.N.,D.U.K.,D.K.(Kelantan), D.K.(Pahang), D.K.(Selangor),D.K.(Perlis), D.K.(Negeri Sembilan), D.K.(Johor), D.K.(Terengganu), D.K.(Perak), D.P.(Sarawak), D.U.N.M.,S.P.M.K.,S.S.D.K.,D.H.M.S.
Tarikh dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 13hb. Disember 2011 .
YDP5



Sunday, March 17, 2013

Ada lagi org "cerdik pandai"...


Baik kita hantar  je die nih g Lahad Datu.....jgn cakap je pandai....TabikMalaysia!!

Thursday, March 14, 2013

"Orang cerdik la sangat"


Bila orang "terlalu cerdik" tidak menghargai pengorbanan pasukan keselamatan Malaysia. Baik kita hantar je orang "terlalu cerdik" ni ke Lahad  Datu...apa macam??? ada bran??

Wednesday, March 13, 2013

YAB PM MALAYSIA

Assalamualaikum Malaysia~~~



Sekali lagi syukur alhamdulillah kerana kita dapat hidup aman dan damai di Malaysia kita tercinta. Terima kasih Malaysia!!

Apa itu kemerdekaan??




KEMERDEKAAN adalah sesuatu yang amat bermakna. Ia membebaskan diri insan daripada belenggu dan memberi ruang untuk warga sesuatu negara membangunkan negaranya berasaskan acuan sendiri.

Pengorbanan Masyarakat Pribumi

MALAYSIA mencapai kemerdekaan dengan kompromi yang sangat tinggi. Memberikan kerakyatan kepada pihak imigran untuk tinggal di Tanah Melayu dan sekarang ini Malaysia dengan jumlah yang besar adalah suatu pengorbanan luar biasa daripada orang Melayu. Secara timbal-baliknya pendukung kemerdekaan terdiri daripada pemimpin pelbagai kaum memahami bahawa hak-hak fundamental orang Melayu seperti bahasa, agama dan hak istimewa perlu dihormati dan menjadi asas penting dalam Perlembagaan.

Ia bermaksud supaya asas perpaduan wujud dan asas keseimbangan orang Melayu dengan kaum-kaum lain dapat dirapatkan. Sekiranya orang Melayu terasa dirinya ketinggalan dalam pencapaian ekonomi, pendidikan dan sosial, ia memberi kesan terhadap kesejahteraan dan keselamatan negara.

Justeru ia menuntut kesabaran dan pengorbanan yang tinggi di kalangan setiap warganegara Malaysia supaya kedudukan orang Melayu dapat ditingkatkan dan dalam masa sama masyarakat bukan Melayu mempunyai kebebasan untuk hidup dan menikmati peluang ekonomi yang meningkat. Setelah lebih setengah abad kemerdekaan dicapai, ekuiti atau pegangan orang Melayu di paras 20 peratus (%) dan selebihnya dimiliki oleh orang bukan Melayu.

Dalam zaman globalisasi yang penuh dengan cabaran ini orang Melayu dan pribumi tidak harus rasa selesa dan hilang daya saing untuk maju dan terus mengukuh mentaliti subsidi kerana ia boleh menyebabkan keciciran yang lebih parah terjadi. Ketirisan yang berlaku dalam pelaksanaan dasar kerajaan mesti diperbaiki supaya masa depan Malaysia memberi titik keseimbangan yang lebih baik untuk generasi hari depan.

Kemerdekaan Lebih Separuh Abad

KEMERDEKAAN lebih separuh abad ini kalau diibaratkan seorang manusia, tentunya sudah banyak jasa kepada diri, keluarga dan masyarakat serta menempuh tempoh matang dengan memiliki banyak pengalaman yang berguna.

Dalam konteks sebuah negara seperti Malaysia terdapat jurang antara generasi dulu dengan generasi penerus terutama dalam pemahaman terhadap perjalanan sejarah dan budaya. Generasi dulu dan kini sepatutnya seperti mata rantai yang sifatnya sambung menyambung.

Perjuangan kemerdekaan ialah perjuangan mengisi makna kemerdekaan. Ia tidak saja berlegar sekitar isu-isu pembangunan fizikal dan prasarana, sains dan teknologi supaya perubahan kelihatan semasa tetapi ia menuntut keteguhan peribadi dan kekuatan sahsiah kerana tanpa acuan sendiri dalam pembangunan dan perubahan kita hanya menjadi penciplak kepada kekuatan Barat dan orang lain.

Tidak salah mengambil manfaat yang memberi dukungan terhadap pembangunan dan perubahan yang sihat daripada Barat dan Timur tetapi saripati tamadun yang dimiliki oleh bangsa-bangsa di Malaysia harus dapat diolah dengan bijaksana supaya ia menyumbang ke arah masyarakat yang lebih sejahtera.

Jati Diri Yang Utuh
RUKUNEGARA yang terasas selepas Peristiwa 13 Mei harus dijadikan rujukan falsafah bagi setiap warga Malaysia sekiranya keamanan dan kesejahteraan ingin dicapai. Memang perbezaan dari sudut budaya dan pemikiran terdapat dalam proses bina negara. Tetapi ada asas yang fundamental seperti yang terkandung dalam Rukunegara yang sepatutnya menjadi rujukan asasi warga Malaysia.
Asas-asas ini sewajarnya menjadikan setiap warga Malaysia memiliki jati diri yang asasi supaya falsafah dari Rukunegara itu dapat menjadi landasan saling memahami dan menghormati dan dijadikan tunjang untuk memajukan Malaysia dalam acuan kita sendiri.

Penulis sewaktu belajar di Amerika Syarikat sekitar hujung tahun 1980-an berada dalam gelombang ‘Desert Storm’ iaitu peperangan kuasa besar Amerika Syarikat dengan Iraq dan sekutunya. Walaupun dukungan terhadap Parti Demokrat dan Republikan di kalangan warga Amerika mempunyai perbezaan tetapi dalam soal maruah dan keselamatan Amerika menjadikan mereka memiliki rasa patriotisme yang tinggi.

Tetapi bagi Malaysia ada semacam kenipisan bagi warganya bila asas-asas fundamental yang menyentuh jati diri ini berbangkit. Sudah kedapatan di kalangan sesetengah pihak tidak merasa bangga dan bersyukur menjadi warga Malaysia.Elemen perpecahan dan peminggiran kerap terjadi dan menyebabkan jati diri terhakis dan menghasilkan warga Malaysia yang cenderung memikirkan kepentingan kelompok dan tidak mendukung agenda muafakat yang menjadi syarat penting kepada persefahaman dan pengertian terhadap titik persamaan yang terlalu banyak dan titik perbezaan yang menuntut kesabaran tinggi.
Ramai dalam kalangan kita yang menjadi kaya dan senang, berharta dan menambah harta sehingga menjadikan kelompok kelas menengah semakin meningkat jumlahnya. Namun terdapat golongan yang tidak bersyukur, sebaliknya mengutuk negara sendiri di tempat orang atau meninggalkan Malaysia dan membawa kekayaan ilmu dan harta ke tempat orang lain.

Mereka melihat Malaysia dalam keadaan serba cela dan tidak nampak langsung kebaikan sedangkan kekayaan yang mereka kecapi dan ilmu yang mereka terima asasnya bermula di negara ini.
Sebahagian mereka berfikir cara orang Barat atau orang Amerika. Mereka lupa sejarah Malaysia baru melepasi setengah abad dan sejarah kemerdekaan dan kemajuan Amerika dan kuasa-kuasa Barat sudah terjadi ratusan tahun.

Mengimbangi Idealisme dan Realiti

MUTAKHIR ini timbul dua kecenderungan yang saling meresahkan. Satu, menukar sistem di Malaysia atas nama negara Islam yang didekati secara simplistik dan retorik yang penuh emosional. Ia dijadikan pancing untuk mendapat pengaruh dan dukungan politik sempit.

Islam dalam Perlembagaan adalah agama Persekutuan. Daripadanya Islam diperkasa dalam pendidikan, ekonomi, pembaikan bidang syariah, pengukuhan asas-asas pembangunan sosial dan pentadbiran negara. Realiti Malaysia memerlukan pendekatan bijaksana dengan memahami maqasid syariah secara mendalam dan strategik supaya aplikasi syariah dalam sistem terjadi.

Pendekatan ke arah ketamadunan ini perlu supaya dengan tenaga modal insan yang cukup terlatih dengan ilmu-ilmu diniah (agama) terhubung dengan kepakaran yang pelbagai, ia mampu memberi pendekatan baru terhadap ilmu turath atau tradisional supaya wujud penyegaran yang seiring dengan zaman.
Kecenderungan kedua ialah terdapat pihak yang satu ketika dulu memperjuangkan cita-cita Islam cuba membawa fahaman liberal dan pluralisme Barat sehingga rupa dan warna hak asasi Barat hendak dijadikan celupan baru dalam wajah Islam di Malaysia. Ia jauh lebih bahaya kerana pendekatan ini boleh mengelirukan umat Islam dan menjadikan perpecahan di kalangan fikrah umat lebih ketara lagi.

Di mana Bumi Dipijak
Di situ Langit Dijunjung

BAGI sesetengah kumpulan pendesak yang berhajat merungkai asas-asas fundamental dalam Perlembagaan seperti Islam, bahasa Melayu, hak istimewa dan sebagainya harus berfikir banyak kali kerana asas-asas fundamental itu bermaksud baik bagi kestabilan Malaysia.

Kemerdekaan yang dinikmati sejak 55 tahun lalu seharusnya memberi kita keyakinan ‘di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung’. Malaysia adalah rumah kita. Di sinilah tempat kita berlindung, mencari rezeki dan menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi.

Setiap warganya harus berfikir secara muafakat dan tolak ansur kerana tidak mudah untuk mengurus sebuah masyarakat majmuk. Harus ada pengorbanan dan kecenderungan untuk mencari titik persamaan lebih dari titik perbezaan supaya kelebihan yang dinikmati dan kekurangan yang dirasai dikongsi bersama dengan keinsafan dan tekad untuk terus menyumbang ke arah kebaikan dan kemajuan Malaysia.
PENULIS ialah Profesor Pendidikan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).



© Utusan Melayu (M) Bhd